Saturday, April 21, 2012

Demo Google SketchUp di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Salam semua, saya Hazlam Anuar penulis buku Mudahnya Google SketchUp akan mengadakan demo selama sejam tentang Google SketchUp di booth PTS pada pukul 2.30-3.30 petang, 27 April 2012. Hari pertama di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2012) di PWTC.


Maklumat lanjut di Demo Google SketchUp

Lokasi booth PTS - Klik sini

Jumpa disana!

Thursday, October 13, 2011

Pages Facebook untuk buku Mudahnya Google SketchUp

Ok, saya baru mewujudkan pages khas untuk buku Mudahnya Google SketchUp di Facebook. Rakan-rakan boleh like untuk mendapat preview buku, tip, tutorial dan dunia Google SketchUp. Terima kasih. Klik like pages buku Mudahnya Google SketchUp.

Wednesday, September 21, 2011

Monday, September 5, 2011

Buku Mudahnya Google SketchUp di Selamat Pagi Malaysia TV1

Baru-baru ini saya mendapat peluang untuk memberikan tip dekorasi untuk raya di rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1. Di bahagian akhir rancangan, saya diberikan kesempatan untuk memperkenalkan buku tulisan pertama saya iaitu buku Mudahnya Google SketchUp.




 Saya menerangkan faedah dan contoh yang dapat dihasilkan dengan perisian versi percuma ini.

Boleh tonton rakaman ini di youtube.

Friday, August 19, 2011

Mendapatkan tip daripada penulis buku Malaysia

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telefon daripada penerbit Selamat Pagi Malaysia di TV1, RTM. Bagi memberikan tip 'Deko Raya'. Kerana ia merupakan pertama kali saya muncul di TV, saya mendapatkan tip daripada penulis buku Malaysia iaitu tuan Zamri Mohamad yang pernah muncul di TV untuk membantu saya.


Gambar menunjukkan perbincangan slide powerpoint saya untuk rancangan TV nanti.

Sunday, August 14, 2011

Autism program utilizing Google app to help develop personal skills

Artikel sebuah universiti yang menganjurkan worksyop untuk kanak-kanak autisme bagaimana menggunakan perisian Google SketchUp. Cerita lanjut di:

Autism program utilizing Google app to help develop personal skills