Thursday, October 13, 2011

Pages Facebook untuk buku Mudahnya Google SketchUp

Ok, saya baru mewujudkan pages khas untuk buku Mudahnya Google SketchUp di Facebook. Rakan-rakan boleh like untuk mendapat preview buku, tip, tutorial dan dunia Google SketchUp. Terima kasih. Klik like pages buku Mudahnya Google SketchUp.

Wednesday, September 21, 2011

Monday, September 5, 2011

Buku Mudahnya Google SketchUp di Selamat Pagi Malaysia TV1

Baru-baru ini saya mendapat peluang untuk memberikan tip dekorasi untuk raya di rancangan Selamat Pagi Malaysia, TV1. Di bahagian akhir rancangan, saya diberikan kesempatan untuk memperkenalkan buku tulisan pertama saya iaitu buku Mudahnya Google SketchUp.




 Saya menerangkan faedah dan contoh yang dapat dihasilkan dengan perisian versi percuma ini.

Boleh tonton rakaman ini di youtube.

Friday, August 19, 2011

Mendapatkan tip daripada penulis buku Malaysia

Baru-baru ini saya mendapat panggilan telefon daripada penerbit Selamat Pagi Malaysia di TV1, RTM. Bagi memberikan tip 'Deko Raya'. Kerana ia merupakan pertama kali saya muncul di TV, saya mendapatkan tip daripada penulis buku Malaysia iaitu tuan Zamri Mohamad yang pernah muncul di TV untuk membantu saya.


Gambar menunjukkan perbincangan slide powerpoint saya untuk rancangan TV nanti.

Sunday, August 14, 2011

Autism program utilizing Google app to help develop personal skills

Artikel sebuah universiti yang menganjurkan worksyop untuk kanak-kanak autisme bagaimana menggunakan perisian Google SketchUp. Cerita lanjut di:

Autism program utilizing Google app to help develop personal skills

Saturday, August 6, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Untuk siapakah buku Mudahnya Google SketchUp ini?

Buku ini menunjukkan langkah demi langkah bagi menghasilkan objek 3D berserta contoh bergambar berwarna supaya mudah diikuti. Google SketchUp ini sesuaian untuk pelbagai kategori pengguna kerana;

  • Bagi yang mementingkan masa, Google SketchUp membantu menghasilkan 3D dengan hanya menggunakan tool Push/Pull.
  • Bagi yang tidak mahir melukis menggunakan tangan, GoogleSketchUp membantu menghasilkan lukisan 3D yang menarik dan tepat.
  • Bagi yang berimaginasi tinggi, Google SketchUp mendorong meluaskan lagi imaginasi tanpa sempadan.
  • Bagi yang mementingkan kos, Google SketchUp membantu menghasilkan idea awal dengan konsep 3D.
  • Bagi yang sukakan perisian mesra pengguna, Google SketchUp adalah jawapannya. Tujuan utama Google SketchUp dihasilkan adalah menjadikan perisian 3D ini mudah daripada perisian 3D lain yang kompleks.

Wednesday, July 13, 2011

Isi Kandungan buku Mudahnya Google SketchUp

Prakata

Pendahuluan

BAHAGIAN 1 :Pengenalan Google SketchUp

BAB 1: Kenali 3D dengan Google SketchUp

BAB 2: Interface dan Toolbar dalam SketchUp

BAB 3: Kelebihan dan Kekurangan SketchUp

BAHAGIAN 2:Menggunakan Aplikasi Google SketchUp

BAB 4: Melukis dan Membina Model

BAB 5: Memodifikasi Model

BAB 6: Materials, Group dan Components

BAB 7: Bagaimana Menggunakan Shadows dan Scenes

BAHAGIAN 3:Menghasilkan Model 3D dengan Google SketchUp

BAB 8: Menghasilkan Bangku Kayu Berkusyen 61

BAB 9: Menghasilkan Rumah

BAB 10: Menghasilkan Robot

BAHAGIAN 4:Cetak, Animasi dan Kongsi Kerja Anda

BAB 11: Mencetak Hasil Kerja Anda

BAB 12: Membuat Animasi Ringkas

BAB 13: Berkongsi dengan 3D Warehouse

BAHAGIAN 5: Ekstra


BAB 14: Bagaimana Google SketchUp MembantuGolongan Autisme

BAB 15: Bagaimana Google SketchUp MembantuGuru dan Pelajar Sekolah

Penutup

Lampiran

Rujukan

Penulis

Tuesday, July 12, 2011

Buku Mudahnya Google SketchUp sudah terbit!!

Tajuk: Mudahnya Google SketchUp
Subtajuk: Cara Pantas Menghasilkan Desain 3D Menggunakan Perisian Percuma
Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN: 978-967-0185-07-1
Jumlah Muka Surat : 136
Kategori: Perisian
Penerbit: PTS Netmedia Sdn Bhd